Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2016Read it in English

Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan

150B. Section 150B

Feedback & support

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah undang-undang sekuriti—

(a)

apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada Pegawai Penyiasat Suruhanjaya semasa sesuatu penyiasatan di bawah undang-undang sekuriti;

dan

(b)

apa-apa dokumen, atau salinan apa-apa dokumen, yang disita daripada mana-mana orang oleh Pegawai Penyiasat

Suruhanjaya pada menjalankan kuasanya di bawah atau menurut kuasa undang-undang sekuriti, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah, jika orang yang membuat pernyataan atau dokumen itu atau salinan dokumen itu, atau orang yang daripadanya dokumen itu telah disita, sudah mati, atau tidak dapat dikesan atau ditemui, atau yang sudah menjadi tidak berupaya untuk memberikan keterangan, atau yang kehadirannya tidak dapat diperoleh tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat mahkamah tidak munasabah.

Report

Bahagian VII

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Bahagian IV

Bahagian IV Akta Syarikat 1965 terpakai, yang diterbitkan atau dilaksanakan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ni; atau

Schedules