Securities Commission Act 1993 · Updated to 1 Mar 2016 · Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
148. Obligasi kerahsiaan
Feedback & supportTertakluk kepada seksyen 124 Akta Keterangan 1950, orang-orang yang ditentukan dalam subseksyen (2) tidak boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang telah diperoleh olehnya semasa menjalankan fungsinya dan yang tidak disiarkan mengikut undang-undang sekuriti, melainkan—
jika penzahiran itu dibenarkan di bawah suatu peruntukan undang-undang sekuriti;
bagi maksud membantu atau membolehkan Suruhanjaya dalam menjalankan fungsinya di bawah undang-undang sekuriti atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain;
104
Undang-Undang Malaysia
dalam mana-mana prosiding jenayah dan sivil oleh atau terhadap Suruhanjaya; atau
jika penzahiran itu dibenarkan oleh Suruhanjaya.
Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi orang yang berikut:
seorang anggota—
Suruhanjaya;
Majlis Penasihat Syariah;
Lembaga Pemantauan Audit; atau
Lembaga Dana Pembangunan Pasaran Modal;
seorang anggota mana-mana jawatankuasa Suruhanjaya,
Majlis Penasihat Syariah, Lembaga Pemantauan Audit atau Lembaga Dana Pembangunan Pasaran Modal;
seorang pegawai atau ejen Suruhanjaya; atau
seseorang yang menghadiri mana-mana mesyuarat—
Suruhanjaya;
mana-mana jawatankuasa Suruhanjaya;
Majlis Penasihat Syariah;
Lembaga Pemantauan Audit;
Lembaga Dana Pembangunan Pasaran Modal.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 105