Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2016Read it in English

Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan

150A. Section 150A

Feedback & support
(1)

Jika seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya semasa penyiasatannya memperoleh keterangan, lisan atau dokumentar, melalui bantuan yang diperoleh daripada pihak berkuasa penyeliaan, keterangan itu boleh diterima sebagai keterangan prima facie.

(2)

Dalam seksyen ini, suatu salinan keterangan dokumentari tidak boleh diterima sebagai keterangan melainkan jika orang yang mempunyai jagaan atau kawalan dokumen itu mengesahkan bahawa dia telah memeriksa dan menentusahkan salinan dokumen itu dengan yang asal.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), jika dokumen asal tidak dijumpai atau hilang, adalah mencukupi bagi orang yang mempunyai jagaan atau kawalan dokumen itu menyatakan secara lisan atau dalam suatu afidavit yang diberikan di bawah seksyen ini bahawa dia telah membuat usaha yang munasabah untuk mengesan dokumen asal dan sesudah itu salinan dokumen itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan prima facie mengenai dokumen itu dalam mana-mana prosiding undang-undang.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 111

(4)

Keterangan lisan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah boleh diterima sebagai keterangan prima facie jika orang yang diberi kuasa oleh pihak berkuasa penyeliaan asing itu—

(a)

merekodkan keterangan lisan itu sama ada secara bertulis, dengan cara rakaman audio atau visual atau kombinasi kedua-duanya, mengesahkan dalam suatu afidavit bahawa keterangan lisan yang telah direkodkan itu adalah direkod daripada seseorang yang tahu akan hal keadaan kes itu dan perekodan keterangan lisan itu telah dibuat menurut undang-undang yang dikuatkuasakan atau ditadbirkan oleh pihak berkuasa penyeliaan asing itu; atau

(b)

memperoleh suatu afidavit yang disahkan oleh seseorang yang mengetahui hal keadaan kes itu.

(5)

Suatu afidavit di bawah seksyen ini tidak boleh diterima sebagai keterangan prima facie melainkan jika ia diangkat sumpah atau disahkan—

(a)

di Republik Singapura, di hadapan mana-mana Hakim,

Hakim Daerah, Penolong Hakim Daerah, Pendaftar,

Timbalan Pendaftar, polis, Majistret atau di hadapan mana-mana orang yang diberi kuasa untuk mengambil afidavit melalui mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Republik Singapura;

(b)

di England, Scotland, Ireland atau Kepulauan Channel atau di mana-mana tanah jajahan, pulau atau tempat di bawah pengurusan atau bidang kuasa atau perlindungan

Baginda Ratu Britain, di hadapan mana-mana Hakim,

Mahkamah, Notari Awam atau orang lain yang secara sah diberi kuasa untuk mentadbirkan sumpah; atau

(c)

di mana-mana tempat lain, di hadapan mana-mana pegawai yang menjalankan fungsi konsular bagi pihak

Malaysia.

112

Undang-Undang Malaysia

(6)

Mahkamah hendaklah mengambil pengiktirafan kehakiman terhadap meterai atau tandatangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mana-mana Hakim, Mahkamah, Notari Awam, Konsular,

Naib Konsular atau orang lain yang meterai atau tandatangannya dilampirkan atau diturunkan pada mana-mana afidavit.

Kebolehterimaan pernyataan dan dokumen orang yang sudah mati atau tidak dapat dikesan, dsb.

Report

Bahagian VII

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Bahagian IV

Bahagian IV Akta Syarikat 1965 terpakai, yang diterbitkan atau dilaksanakan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ni; atau

Schedules