Securities Commission Act 1993 · Updated to 1 Mar 2016 · Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
158. Notis bertulis, pekeliling, syarat atau garis panduan
Feedback & supportSuruhanjaya boleh, secara amnya berkenaan dengan mana-mana undang-undang sekuriti atau berkenaan dengan mana-mana peruntukan tertentu mana-mana undang-undang sekuriti, mengeluarkan apa-apa notis bertulis, pekeliling, syarat atau garis panduan yang difikirkan elok oleh Suruhanjaya.
Tertakluk kepada Akta ini atau melainkan jika niat sebaliknya dinyatakan dengan jelas, Suruhanjaya boleh menghendaki seseorang yang baginya mana-mana notis bertulis, surat pekeliling, syarat atau garis panduan terpakai untuk melaksanakan semua notis bertulis, pekeliling, syarat atau garis panduan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(Dipotong oleh Akta A1305).
118
Undang-Undang Malaysia
Jika seseorang yang disebut dalam subseksyen (2) tidak melaksanakan mana-mana notis bertulis, pekeliling, syarat atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, Suruhanjaya boleh, selepas memberikan peluang yang munasabah kepada orang itu untuk didengar, mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan patut oleh
Suruhanjaya.
(Dipotong oleh Akta A1305).
(Dipotong oleh Akta A1305).
(Dipotong oleh Akta A1305).
Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh menghalang
Suruhanjaya daripada mengambil apa-apa tindakan yang Suruhanjaya diberikan kuasa untuk mengambil di bawah mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti terhadap orang yang gagal untuk melaksanakan mana-mana notis bertulis, pekeliling, syarat atau garis panduan.