Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2016Read it in English

Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan

152. Penzahiran maklumat kepada Suruhanjaya

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya boleh, melalui notis bertulis, menghendaki mana-mana orang untuk menzahirkan kepada Suruhanjaya apa-apa maklumat yang ditentukan oleh Suruhanjaya dalam notis itu yang difikirkan sesuai olehnya bagi pentadbiran wajar undang-undang sekuriti.

(2)

Jika apa-apa maklumat dikehendaki untuk dizahirkan kepada

Suruhanjaya di bawah subseksyen (1), orang yang kepadanya notis itu ditujukan tidak boleh—

(a)

menzahirkan atau menyebabkan dizahirkan apa-apa maklumat yang palsu atau mengelirukan;

114

Undang-Undang Malaysia

(b)

menzahirkan atau menyebabkan dizahirkan apa-apa maklumat yang dalamnya terdapat suatu ketinggalan yang material; atau

(c)

terlibat dalam, atau membantu, atau bersubahat, dalam perlakuan yang dia tahu adalah mengelirukan atau memperdayakan atau yang mungkin mengelirukan atau memperdayakan Suruhanjaya.

(3)

Tanpa menjejaskan subseksyen (2), jika orang yang disebut dalam subsekyen (1) menyedari bahawa—

(a)

apa-apa maklumat yang dizahirkan kepada Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) adalah palsu atau mengelirukan;

(b)

apa-apa maklumat yang dizahirkan kepada Suruhanjaya di bawah subsekyen (1) adalah maklumat yang dalamnya terdapat ketinggalan yang material; atau

(c)

perlakuan orang itu mengelirukan atau memperdayakan atau mungkin mengelirukan atau memperdayakan

Suruhanjaya, orang itu hendaklah memberitahu Suruhanjaya mengenai hakikat itu dan hendaklah mengambil apa-apa tindakan yang dikehendaki oleh

Suruhanjaya.

(4)

Seseorang yang melanggar subseksyen (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dihukum dengan denda yang tidak melebihi satu juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VII

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Bahagian IV

Bahagian IV Akta Syarikat 1965 terpakai, yang diterbitkan atau dilaksanakan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ni; atau

Schedules