Securities Commission Act 1993 · Updated to 1 Mar 2016 · Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
154. Pegawai Suruhanjaya boleh mewakili Suruhanjaya dalam prosiding sivil
Feedback & supportWalau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis—
(a)
dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap
Suruhanjaya; atau
(b)
dalam mana-mana prosiding sivil lain yang Suruhanjaya dikehendaki atau dibenarkan oleh Mahkamah untuk diwakili atau didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengar, mana-mana pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa oleh Pengerusi bagi maksud itu boleh, bagi pihak Suruhanjaya, memulakan prosiding itu atau hadir sebagai seorang peguam bela dalamnya, dan boleh membuat apa-apa kehadiran dan permohonan dan menjalankan semua tindakan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Suruhanjaya.