Securities Commission Act 1993 · Updated to 1 Mar 2016 · Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
157. Percubaan, persubahatan dan berkomplot
Feedback & supportSeseorang yang—
(a)
cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini;
(b)
melakukan apa-apa perbuatan untuk membantu pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini; atau
(c)
bersubahat atau terlibat dalam komplot jenayah untuk melakukan (sebagaimana istilah itu ditafsirkan dalam
Kanun Keseksaan) apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, sama ada atau tidak kesalahan itu dilakukan berbangkit daripadanya, melakukan kesalahan itu dan hendaklah dihukum dengan atau boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.