Securities Commission Act 1993 · Updated to 1 Mar 2016 · Bahagian III · Kewangan
31X. Kuasa untuk meminta maklumat
Feedback & supportBagi maksud sesuatu siasatan, Pegawai Siasatan boleh, melalui notis secara bertulis yang disampaikan kepada seseorang, meminta orang itu—
memberikan segala bantuan yang munasabah berkaitan dengan siasatan itu; dan
hadir di hadapannya atau Pegawai Siasatan lain yang berkenaan untuk diperiksa secara lisan.
Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah diubah ke dalam bentuk bertulis oleh
Pegawai Siasatan, dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya selepas pernyataan itu dibaca kepadanya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.
Jika orang yang disebut dalam subseksyen (2) enggan menandatangani atau mengecap cap ibu jarinya pada pernyataan itu,
Pegawai Siasatan hendaklah mencatatkan pada pernyataan itu dengan ditandatanganinya tentang keengganan itu dan alasannya, jika ada.
Orang yang disebut dalam subseksyen (1) adalah terikat di sisi undang-undang—
untuk memberikan maklumat yang berkaitan dengan siasatan yang dia mempunyai kuasa untuk memberikannya;
untuk menjawab semua soalan yang ditujukan kepadanya oleh Pegawai Siasatan; dan 66
Undang-Undang Malaysia
untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhannya atau sebahagiannya, dalam menjawab soalan.
Bagi maksud subseksyen (1), Pegawai Siasatan yang memeriksa orang itu boleh memberikan arahan tentang orang yang boleh hadir semasa pemeriksaan atau semasa mana-mana bahagian pemeriksaan itu.
Apa-apa pernyataan yang dibuat dan direkodkan di bawah seksyen ini hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di mana-mana Mahkamah.
Mana-mana orang yang kepadanya notis dikeluarkan di bawah subseksyen (1) tidak boleh—
menolak untuk menjawab apa-apa soalan yang ditujukan kepadanya oleh Pegawai Siasatan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) atau abai untuk memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki semunasabahnya daripadanya dan yang dia mempunyai kuasa untuk memberikannya; atau
dengan disedarinya memberi Pegawai Siasatan maklumat atau pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir matan.
Bagi maksud Penggal ini, apa-apa notis yang diberikan hendaklah, jika praktik, disampaikan sendiri kepada mana-mana orang yang dinyatakan dalam notis itu.
Jika mana-mana orang yang dinyatakan dalam notis yang diberikan di bawah seksyen ini atau mana-mana peruntukan lain
Penggal ini tidak dapat dijumpai setelah usaha yang wajar dilakukan, notis itu boleh disampaikan dengan meninggalkan suatu salinannya untuk orang itu dengan mana-mana anggota keluarganya yang dewasa atau dengan pembantu rumahnya yang tinggal dengannya.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 67
Apabila mana-mana orang yang dinyatakan dalam mana-mana notis yang diberikan di bawah seksyen ini atau mana-mana peruntukan lain Penggal ini tidak dapat dijumpai setelah usaha yang wajar dilakukan, dan penyampaian tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang diarahkan oleh subseksyen (8) atau (9), suatu salinan notis itu hendaklah ditampalkan pada mana-mana bahagian yang mudah dilihat rumah atau mana-mana tempat lain yang lazimnya didiami oleh orang yang dinyatakan dalam notis itu, dan dalam hal sedemikian notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sewajarnya.