Securities Commission Act 1993 · Updated to 1 Mar 2016 · Bahagian III · Kewangan
31Z. Sanksi
Feedback & supportJika mana-mana orang melanggar atau tidak mematuhi, menurut, menguatkuasakan atau melaksanakan mana-mana yang berikut, orang itu melakukan suatu pelanggaran:
mana-mana peruntukan Bahagian ini;
mana-mana syarat yang dikenakan di bawah Bahagian ini; atau 68
Undang-Undang Malaysia
mana-mana notis bertulis atau garis panduan yang dikenakan atau dikeluarkan oleh Suruhanjaya.
Jika seseorang telah melakukan pelanggaran di bawah subseksyen (1), Lembaga Pemantauan Audit boleh mengambil satu atau lebih daripada tindakan yang berikut:
mengarahkan orang yang berkenaan supaya mematuhi peruntukan Bahagian ini atau mana-mana syarat yang dikenakan di bawah Bahagian ini, atau mana-mana notis bertulis atau garis panduan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya;
mencela orang yang berkenaan;
menghendaki orang yang berkenaan supaya mengambil apa-apa langkah, sebagaimana yang diarahkan oleh
Lembaga Pemantauan Audit, untuk meremedikan pelanggaran itu;
menghendaki supaya pendidikan profesional yang berkaitan dijalani oleh orang yang berkenaan;
melantik seorang penyemak semula untuk memantau audit yang dijalankan oleh orang yang berkenaan;
melarang orang yang berkenaan daripada menerima mana-mana entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual sebagai pelanggannya atau menyediakan laporan berhubung dengan maklumat kewangan entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual, sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang sekuriti atau garis panduan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya, selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan;
melarang orang yang berkenaan daripada mengaudit penyata kewangan atau menyediakan laporan berhubung dengan maklumat kewangan entiti berkepentingan awam
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 69
atau kumpulan wang jadual, sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang sekuriti atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau selama-lamanya; dan
mengenakan penalti tidak melebihi lima ratus ribu ringgit ke atas orang yang berkenaan.
Walau apa pun subseksyen (2), Lembaga Pemantauan Audit boleh menghendaki mana-mana orang yang telah melakukan pelanggaran di bawah subseksyen (1) untuk memberikan suatu aku janji bertulis bahawa orang itu hendaklah mematuhi, menurut, menguatkuasakan atau melaksanakan—
peruntukan Bahagian ini;
mana-mana syarat yang dikenakan di bawah Bahagian ini; atau
mana-mana notis bertulis atau garis panduan yang dikenakan atau dikeluarkan oleh Suruhanjaya.
Subseksyen (3) tidak terpakai bagi mana-mana orang yang telah melakukan pelanggaran di bawah subseksyen (1) dan telah dilarang daripada mengaudit penyata kewangan entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual selama-lamanya menurut perenggan 2(g).
Lembaga Pemantauan Audit tidak boleh mengambil mana-mana tindakan di bawah subseksyen (2) tanpa memberi orang yang berkenaan peluang untuk didengar.
Jika orang yang berkenaan tidak membayar penalti yang dikenakan di bawah perenggan (2)(h), saman boleh dikeluarkan bagi penalti itu dan penalti itu boleh didapatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Suruhanjaya.
70
Undang-Undang Malaysia
Apa-apa wang yang diperoleh daripada penalti yang dikenakan di bawah perenggan (2)(h), hendaklah digunakan untuk merancang dan melaksanakan program membina keupayaan yang berhubungan dengan profesion perakauanan dan pengauditan.
Jika atas permohonan oleh Suruhanjaya, mahkamah mendapati bahawa orang yang telah melakukan pelanggaran di bawah subseksyen
tidak mematuhi mana-mana tindakan yang diambil oleh Lembaga
Pemantauan Audit di bawah subseksyen (2) atau (3), mahkamah boleh membuat suatu perintah yang mengarahkan orang itu supaya mematuhi arahan, kehendak atau terma-terma aku janji itu yang dikeluarkan oleh Lembaga Pemantauan Audit.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang
Suruhanjaya atau mana-mana pihak berkuasa berkaitan yang lain daripada mengambil apa-apa tindakan lain yang boleh diambil oleh mereka di bawah undang-undang bertulis atau undang-undang kecil masing-masing mereka.