Akta Syarikat Labuan 1990 · Updated to 10 Jun 2022 · Bahagian V · Pengurusan dan Pentadbiran
108A. Pemunya benefisial syarikat Labuan
Feedback & supportDalam Akta ini, “pemunya benefisial” ertinya orang sebenar yang memiliki atau mengawal sesuatu syarikat Labuan atau syarikat
Labuan asing, secara keseluruhan atau sebahagian, melalui pemilikan langsung atau tidak langsung atau kawalan syer atau hak mengundi atau kepentingan pemilikan lain dalam syarikat Labuan atau syarikat
Labuan asing itu, atau yang menjalankan kawalan dan pengaruh yang berkesan dalam syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.