Skip to content

Seksyen 54

Vesel berat tan tertentu hendaklah menggunakan malim

of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981

ActIn forceProvision 59 of 110
Seksyen 54
(1)

Lembaga mungkin menghendaki mana-mana vesel atau kelas vesel sebagaimana dinyatakan dari semasa ke semasa supaya mengguna malim semasa berlayar dalam daerah permaliman, dan nakhoda atau pemunya tiap-tiap vesel itu atau tiap-tiap vesel daripada kelas itu hendaklah mematuhi kehendak itu.

(2)

Sesuatu vesel semasa sedang dijalankan dalam mana-mana kawasan Pelabuhan yang menjadi suatu daerah permaliman atau sebahagian daripadanya hendaklah disifatkan sebagai vesel yang sedang belayar dalam suatu daerah permaliman.