Seksyen 55A
Kuasa Jawatankuasa Permaliman untuk melesenkan pekerja pengendali berlesen
of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981
Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam Akta ini,
Lembaga boleh, jika difikirkannya bermanfaat, memberi kuasa
Jawatankuasa Permaliman mengeluarkan lesen kepada seseorang pekerja pengendali berlesen untuk memalimkan vesel dalam daerah permaliman Lembaga tertakluk kepada apa-apa had dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga:
Dengan syarat bahawa tiada lesen sedemikian boleh dikeluarkan kepada seseorang pekerja sedemikian melainkan jika Jawatankuasa
Permaliman telah memeriksa pekerja itu dan berpuas hati tentang kelayakan dan kekompetenan menyeluruh pekerja itu, termasuk kesihatan jasmaninya, untuk bertindak sebagai malim bagi pengendali berlesen itu.
(2)
Sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)
terhenti sahnya jika pekerja yang kepadanya lesen itu dikeluarkan tidak lagi bekerja dengan pengendali berlesen.