Seksyen 57
Keanggotaan Jawatankuasa Permaliman
of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981
Jawatankuasa Permaliman hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi dan empat orang lain yang, oleh kerana mereka mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam perkara perkapalan, lautan atau pelabuhan adalah, pada pendapat Lembaga, orang yang layak dan patut menjadi ahli Jawatankuasa Permaliman.
(2)
Pelantikan seseorang ahli Jawatankuasa Permaliman adalah selama tempoh tidak melebihi tiga tahun tetapi ahli itu adalah layak dilantik semula apabila tamat tiap-tiap tempoh itu.
(3)
Tiga orang ahli Jawatankuasa Permaliman hendaklah menjadi kuoram dalam mesyuarat Jawatankuasa itu.
(4)
Pengerusi
Jawatankuasa
Permaliman hendaklah mempengerusikan semua mesyuaratnya:
Dengan syarat bahawa jika pengerusi tidak hadir, maka ahli-ahli yang hadir hendaklah memilih seorang daripada mereka untuk
Lembaga Pelabuhan Bintulu 55
mempengerusikan mesyuarat itu untuk mengambil tempat pengerusi itu.
(5)
Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak diputuskan, bilangan undi didapati sama banyak, pengerusi atau ahli yang mempengerusi mesyuarat itu mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
(6)
Ahli Jawatankuasa Permaliman yang bukannya pegawai atau penjawat Lembaga apa-apa fi dan elaun yang ditentukan oleh
Lembaga.
(7)
Perenggan 1 dan 10 dalam Jadual hendaklah dipakai mutatis mutandis kepada Jawatankuasa Permaliman dan ahli-ahlinya sebagaimana ia terpakai bagi Lembaga dan ahli-ahlinya.