Skip to content

Seksyen 59

Pemeriksaan untuk mendapatkan lesen untuk bertindak sebagai malim

of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981

ActIn forceProvision 66 of 110
Seksyen 59
(1)

Jawatankuasa Permaliman hendaklah memeriksa calon-calon untuk diambil kerja oleh Lembaga sebagai malim dan setelah berpuas hati dengan kelayakan menyeluruh calon itu, termasuk kelayakan jasmani, dan kecekapan calon itu untuk bertindak sebagai malim

Lembaga boleh, bagi pihak Lembaga, mengeluarkan kepadanya suatu lesen untuk bertindak sedemikian dan lesen itu bolehlah mengandungi apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Jawantankuasa

Permaliman.

(2)

Tertakluk kepada Bahagian ini, tiap-tiap malim yang memegang, sebelum sahaja bermula berkuatkuasanya Bahagian ini,

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 243

suatu lesen yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa pada masa ini untuk bertindak sebagai malim hendaklah disifatkan sebagai layak untuk diambil kerja oleh Lembaga sebagai malim, dan Jawatankuasa Permaliman boleh, bagi pihak

Lembaga, mengeluarkan kepada malim itu apabila diambil kerja oleh

Lembaga, suatu lesen untuk bertindak sebagai malim Lembaga dalam suatu daerah permaliman, tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Jawatankuasa Permaliman.

(3)

Tiap-tiap malim Lembaga hendaklah, bila-bila masa sahaja

Jawatankuasa Permaliman berpendapat bahawa, disebabkan syarat yang berubah atau oleh sebab apa-apa alasan lain yang mencukupi, mana-mana malim itu perlu menghadapi ujian selanjutnya tentang kelayakan am, termasuk kelayakan jasmani, dan kecekapannya, menghadirkan diri untuk diperiksa selanjutnya, dan dalam tiap-tiap kes seperti itu hendaklah terlebih dahulu menyerahkan kepada

Jawatankuasa Permaliman lesen yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa tersebut bagi pihak Lembaga untuk dikembalikan atau dibatalkan oleh

Jawatankuasa tersebut bagi pihak Lembaga keputusan ujian atau pemeriksaan itu.

(4)

Lembaga tidak boleh terus mengambil kerja sebagai malim mana-mana orang yang lesennya untuk bertindak sebagai malim telah dibatalkan menurut subseksyen (3).

(5)

Sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini terhenti sah apabila pekerjaan malim itu dengan Lembaga ditamatkan.