Seksyen 64
of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981
Seksyen 64
Pengeluaran sesuatu lesen kepada malim oleh Jawatankuasa
Permaliman bagi pihak Lembaga di bawah seksyen 55A (1) atau 59(1)
tidak boleh mengenakan apa-apa tanggungan ke atas Jawatankuasa
Permaliman atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh perbuatan, ketinggalan atau kemungkiran di pihak malim itu.
(2)
Seseorang malim Lembaga semasa menjalankan apa-apa tugas permaliman hendaklah, walaupun ia diambil kerja dengan bergaji oleh
Lembaga, disifatkan hanya sebagai penjawat nakhoda atau pemunya vesel yang sedang mengguna perkhidmatan malim dan Lembaga tidaklah bertanggungan atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh sesuatu perbuatan, ketinggalan atau kemungkiran di pihak malim itu.