Skip to content

Seksyen 60

Siasatan oleh Jawatankuasa Permaliman

of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981

ActIn forceProvision 67 of 110
Seksyen 60
(1)

Jawatankuasa Permaliman boleh, dan apabila diarahkan oleh

Lembaga hendaklah, mengadakan suatu siasatan ke atas kelakuan malim Lembaga atau seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 55A(1) jika didapati bahawa malim itu telah bersalah kerana salah laku yang menjejaskan kebolehannya sebagai malim atau tidak menjalankan tugasnya atau mengabaikan tugasnya atau menjadi tidak kompeten untuk bertindak sebagai malim yang sedemikian itu.

Lembaga Pelabuhan Bintulu 57

(2)

Bagi maksud siasatan itu, Jawatankuasa Permaliman boleh memanggil mana-mana orang supaya menghadiri sesuatu mensyuaratnya untuk memberi keterangan bersumpah atau mengemukakan apa-apa dokumen atau lain-lain benda yang ada dalam miliknya dan untuk memeriksanya sebagai seorang saksi atau menghendakinya supaya mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang ada dalam miliknya berhubung dengan perkara yang menjadi hal perkara siasatan itu.

(3)

Seseorang yang—

(a)

dipanggil supaya menghadiri mana-mana siasatan itu, gagal berbuat sedemikian;

(b)

menunjukkan perbuatan tidak hormat atau apa-apa perbuatan menghina atau mengancam Jawatankuasa

Permaliman atau mana-mana ahli Jawatankuasa semasa berlangsungnya sesuatu siasatan; atau

(c)

dikehendaki oleh Jawatankuasa Permaliman supaya memberi keterangan bersumpah atau pengakuan atau supaya mengemukakan dokumen atau lain-lain benda, enggan berbuat sedemikian, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi daripada *dua ribu ringgit.