Seksyen 61
Pengemukaan pendapat dan syor Jawatankuasa Permaliman kepada Lembaga
of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981
Jika Jawatankuasa Permaliman, selepas siasatan sewajarnya mengikut Bahagian ini dan setelah mendengar apa-apa pernyataan yang mungkin diberi sebagai pembelaan, mendapati bahawa seseorang malim Lembaga atau seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 55A(1) telah bersalah kerana salah laku yang menjejaskan
*CATATAN— Sebelum ini “lima ratus ringgit” —lihat Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pindaan) 1992
[Akta A831].
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 243
keupayaannya sebagai malim atau tidak menjalankan tugasnya atau mengabaikan tugasnya sebagai malim atau menjadi tidak tak kompeten untuk bertindak sebagai malim, Jawatankuasa Permaliman hendaklah mengemukakan kepada Lembaga suatu salinan rekod siasatan itu dan pendapat serta syornya berkenaan dengan siasatan itu.
(2)
Lembaga boleh, selepas menimbang pendapat dan syor
Jawatankuasa Permaliman, menggantung atau membatalkan lesen malim Lembaga atau seseorang yang dilesenkan di bawah 55A(1) itu atau mengenakan apa-apa hukuman lain yang difikirkan patut oleh
Lembaga.
(3)
Seseorang malim Lembaga atau seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 55A(1) yang terkilan dengan keputusan Lembaga yang dibuat di bawah subseksyen (2) boleh, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh keputusan itu dibuat, merayu kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.