Seksyen 62
Tanggungan nakhoda atau pemunya mengenai vesel yang menggunakan perkhidmatan malim
of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981
ActIn forceProvision 69 of 110
Seksyen 62
Nakhoda atau pemunya sesuatu vesel yang belayar dalam keadaan yang baginya perkhidmatan malim adalah diwajibkan hendaklah bertanggungan atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh vesel itu atau oleh sesuatu kesilapan pelayaran vesel itu sama seperti ia bertanggungan jika perkhidmatan malim tidak diwajibkan.