Skip to content

Seksyen 72

Penalti kerana mengingkari perintah penguasa dermaga

of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981

ActIn forceProvision 83 of 110
Seksyen 72
(1)

Jika nakhoda sesuatu vesel, tanpa kebenaran Lembaga, membawa masuk atau menyebabkan veselnya supaya diletakkan di sisi mana-mana dermaga atau pintu masuk dok atau bertindak berlawanan dengan arahan penguasa dermaga atau cuai mematuhi perintahnya

*CATATAN— Sebelum ini “lima ratus ringgit” —lihat Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pindaan) 1992

[Akta A831].

Lembaga Pelabuhan Bintulu 69

berhubung dengan masa dan cara masuk ke dok atau keluar dari sesuatu dok atau datang ke sisi sesuatu dermaga, atau tambatan yang diuntukkan untuk diduduki oleh veselnya, atau mengingkari perintah supaya mengalih veselnya dari tambatan itu atau mengubahnya maka nakhoda atau pemunya vesel itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit.

(2)

Jika nakhoda vesel yang telah selesai memuat atau memunggah atau sedang menunggu kargo atau balast tidak mematuhi notis yang diberi kepadanya atau kepada pegawai yang bertanggungjawab atas vesel itu oleh penguasa dermaga yang mengarahkan bahawa vesel itu hendaklah meninggalkan dermaga itu, nakhoda atau pemunya vesel itu hendaklah, sebagai tambahan kepada denda, dikenakan membayar sejumlah wang (sebagai ganti rosak) yang ditaksir mengikut kadar satu perempat sen bagi satu tan berdaftar secara kasar bagi tiap-tiap satu jam vesel itu berada di dermaga selepas tamatnya masa bertolak yang dikehendaki menurut notis itu.

Penalti kerana menggendalakan atau menghalang mana-mana ahli, pegawai atau penjawat Lembaga