Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2015Read it in English

Bahagian IX · Kesalahan, Kerosakan, Penalti dan Tatacara

75. Menaiki vesel apabila kesalahan disyaki berlaku

Feedback & support
(1)

Pengurus Besar atau mana-mana orang sebagaimana dibenarkan olehnya boleh menaiki vesel dalam Pelabuhan bila-bila masa sahaja dia mengesyaki bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya telah dilakukan atau hampir hendak dilakukan atau hampir hendak dilakukan di atas atau di dalam vesel itu atau bila-bila masa sahaja difikirkan perlu untuk berbuat demikian pada menjalankan tugasnya di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya.

(1A)

Pengurus Besar atau mana-mana orang sebagaimana yang diberi kuasa olehnya boleh, dalam menjalankan kuasa dan melaksanakan tugasnya di bawah subseksyen (1), menyita apa-apa artikel, dokumen atau benda yang dia mempunyai alasan munasabah untuk percaya telah digunakan untuk melakukan, atau ialah hal perkara, atau diperlukan bagi maksud penyiasatan dan pendakwaan, sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya.

(2)

Nakhoda vesel itu yang, tanpa sebab yang sah, enggan membenarkan seseorang menaiki vesel itu menurut subseksyen (1)

adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi *satu ribu ringgit.

Report

Bahagian X

Pemindahan, Peralihan dan Am

Schedules