Skip to content

Seksyen 73

of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981

ActIn forceProvision 85 of 110

Seksyen 73

(1)

Tiap-tiap vesel yang berada di sisi dermaga atau dalam sesuatu dok hendaklah sentiasa sebegitu dilengkap, disiap sedia dan

70 Undang-Undang Malaysia AKTA 243

dimuatkan atau dibalastkan oleh nakhoda atau pemunya supaya membolehkan vesel itu dipindah dengan selamat apabila sahaja perlu menurut pertimbangan penguasa dermaga bahawa vesel itu hendaklah dipindahkan.

(2)

Nakhoda atau pemunya vesel yang melanggar subseksyen (1)

adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi *dua ribu ringgit.

Kuasa Pengurus Besar atau orang yang diberi kuasa memerintahkan supaya menenggelamkan atau memindahkan vesel jika berlaku kebakaran