Skip to content

Seksyen 83A

of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981

ActIn forceProvision 96 of 110

Seksyen 83A

(1)

Apabila seseorang alasan yang sah enggan atau cuai untuk mematuhi apa-apa arahan yang sah diberikan di bawah Akta ini atau

*CATATAN— Sebelum ini “satu ribu ringgit” —lihat Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pindaan) 1992

[Akta A831].

Lembaga Pelabuhan Bintulu 77

undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya Lembaga boleh, tidak kira sama ada apa-apa perbicaraan telah dimulakan terhadap atau sesuatu hukuman telah dikenakan ke atas orang itu atas keengganan atau kecuaian tersebut, melakukan atau menyebabkan dilakukan segala perbuatan yang pada pendapatnya munasabah atau perlu bagi maksud menjalankan arahan itu.

(2)

Kuasa-kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) termasuk kuasa untuk menggaji dan mengambil kerja mana-mana orang yang perlu dan patut untuk membaiki apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh keengganan atau kecuaian orang yang kepadanya arahan itu telah diberikan.

(3)

Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh didapatkan sebagai hutang sivil daripada orang yang kepadanya arahan itu telah diberikan.