Seksyen 74
of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981
Seksyen 74
Jika sekiranya berlaku kebakaran di atas sesuatu vesel di
Pelabuhan, Pengurus Besar atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya boleh menuju terus ke vesel itu dengan apa-apa bantuan dan bersama dengan orang-orang yang nampaknya layak dan boleh memberi apa-apa perintah yang disifatkannya perlu untuk menenggelamkan vesel itu atau memindahkan vesel itu atau mana-mana vesel lain ke suatu tempat yang nampaknya patut untuk mencegah bahaya menimpa vesel itu atau mana-mana vesel lain, dan ia boleh mengambil apa-apa langkah lain yang nampaknya bermanfaat untuk melindungi nyawa atau harta.
(2)
Jika perintah-perintah yang diberi menurut subseksyen (1)
tidak dijalankan dengan serta merta oleh nakhoda vesel itu, Pengurus
Besar atau orang yang diberi kuasa olehnya boleh dengan sendirinya terus menguatkuasakan perintah-perintah itu.
(3)
Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) dan (2) boleh dituntut dari nakhoda atau pemunya vesel yang berkenaan seolah-olah ianya sesuatu denda dan mengikut cara yang diperuntukkan oleh Kanun
Tatacara Jenayah atau sebagai hutang awam.
*CATATAN— Sebelum ini “satu ribu ringgit” —lihat Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pindaan) 1992
[Akta A831].
Lembaga Pelabuhan Bintulu 71