Bintulu Port Authority Act 1981 · Updated to 1 Jul 2015 · Bahagian IX · Kesalahan, Kerosakan, Penalti dan Tatacara
82. Penalti kerana memberi pernyataan palsu dalam penyata
Feedback & supportMana-mana orang yang membuat suatu pernyataan palsu mengenai sesuatu perkara matan dalam penyata tuntutan permohonan, akuan atau lain-lain dokumen yang dikehendaki atau dibenarkan supaya dibuat di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi *lima ribu ringgit.