Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2015Read it in English

Bahagian IX · Kesalahan, Kerosakan, Penalti dan Tatacara

88. Tahan harta jika sekiranya tidak bayar ganti rugi atau kos

Feedback & support
(1)

Lembaga hendaklah, jika sekiranya apa-apa ganti rugi atau kos yang diaward kepadanya oleh suatu mahkamah tidak dibayar dengan serta-merta, mempunyai kuasa untuk mendapatkannya dengan cara tahan harta di bawah waran yang dikeluarkan oleh mahkamah

(2)

Mahkamah boleh memerintah seseorang yang terhadapnya suatu waran tahan harta telah dilevi di bawah seksyen ini supaya dijaga dengan selamat sehingga ditetapkan tarikh waran itu dikemukakan, melainkan jika orang itu memberi sekuriti dengan cara sanggupan atau cara lain atas kehadirannya di hadapan mahkamah pada hari yang ditetapkan untuk dikemukakan.

(3)

Jika mahkamah dapati bahawa mengikut pengakuan orang yang berkenaan atau selainnya, tiada apa-apa tahan harta yang

Lembaga Pelabuhan Bintulu 81

mencukupi boleh dilakukan dalam bidang kuasanya bagi tujuan mendapatkan ganti rugi atau kos yang diaward kepada Lembaga di bawah seksyen ini mahkamah hendaklah mempenjarakan pesalah itu selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan melainkan jika ganti rugi atau kos itu dibayar dan dijelaskan terlebih dahulu.

Report

Bahagian X

Pemindahan, Peralihan dan Am

Schedules