Skip to content

Seksyen 80

of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981

ActIn forceProvision 92 of 110

Seksyen 80

(1)

Nakhoda, pemunya atau ejen sesuatu vesel yang melayarkan vesel dalam hal-hal keadaan yang vesel itu dikehendaki oleh Lembaga di bawah seksyen 54 supaya menggunakan malim tetapi dia tidak mengambil kerja malim Lembaga atau seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 55A (1) bagi maksud itu adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit.

(2)

Apabila didapati bersalah atas apa-apa kesalahan di bawah subseksyen (1), Mahkamah yang mendapati nakhoda, pemunya atau ejen vesel itu bersalah hendaklah memerintahkan supaya nakhoda, pemunya atau ejen itu membayar kepada Lembaga amaun yang diperakui oleh akauntan Lembaga sebagai amaun dius dan kadar yang akan kena dibayar kepada Lembaga jika vesel itu telah dimalimkan sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta ini dan amaun ini hendaklah didapatkan mengikut cara yang sama seperti denda.

Penalti kerana maklumat palsu tentang paras benaman air