Act of Parliament · Updated to 1 Jun 2015
Carriage by Air Act 1974
Giving effect to conventions on carriage by airOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengangkutan Melalui
Udara 1974 dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen
, Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada hari yang diperakui oleh Yang di-Pertuan Agong dengan perintah sebagai hari
Konvensyen itu mula berkuat kuasa berkenaan dengan Malaysia.
Seksyen 11 hendaklah mula berkuat kuasa pada hari yang diperakui oleh Yang di-Pertuan Agong dengan perintah sebagai hari
Konvensyen Tambahan mula berkuat kuasa berkenaan dengan
Malaysia.
Seksyen 11A hendaklah mula berkuat kuasa pada hari yang diperakui oleh Yang di-Pertuan Agong dengan perintah sebagai hari
Konvensyen Dipinda dan Konvensyen Montreal mula berkuat kuasa berkenaan dengan Malaysia.
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 148
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteknya menghendaki makna yang lain—
“Konvensyen” ertinya Konvensyen bagi menyatukan kaedah-kaedah tertentu berhubung dengan pengangkutan antarabangsa melalui udara yang dikenali sebagai “Konvensyen Warsaw sebagaimana yang dipinda di The Hague 1955”, sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
“Konvensyen Dipinda” ertinya Konvensyen sebagaimana yang dipinda selanjutnya oleh Protokol Montreal No. 4 Tahun 1975, sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kelima;
“Konvensyen Montreal” ertinya Konvensyen, yang ditandatangani di Montreal pada 28 Mei 1999, bagi menyatukan kaedah-kaedah tertentu yang berhubungan dengan pengangkutan antarabangsa melalui udara, sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keenam;
“Konvensyen Pengangkutan Melalui Udara” ertinya Konvensyen,
Konvensyen Tambahan, Konvensyen Dipinda dan Konvensyen
Montreal;
“Konvensyen Tambahan” ertinya Konvensyen, iaitu tambahan kepada Konvensyen Warsaw, yang ditandatangani di Guadalajara pada 18 September 1961, bagi menyatukan kaedah-kaedah tertentu berhubung dengan pengangkutan antarabangsa melalui udara yang dilakukan oleh seseorang yang lain daripada pengangkut berjanji, sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;
“mahkamah” termasuklah (dalam sesuatu timbang tara yang dibenarkan oleh Konvensyen) seseorang penimbang tara;
“Menteri”
ertinya
Menteri yang bertanggungjawab atas penerbangan awam.
“Pihak Negara” ertinya, suatu Pihak Berjanji Tertinggi berhubung dengan Konvensyen dan Konvensyen Dipinda, atau Pihak Negara
Pengangkutan Melalui Udara 7
berhubung dengan Konvensyen Montreal, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“Protokol Montreal No. 4 Tahun 1975” ertinya protokol, yang ditandatangani di Montreal pada 25 September 1975, untuk meminda
Konvensyen Warsaw sebagaimana yang dipinda di Hague.
Tertakluk kepada seksyen ini, peruntukan Konvensyen itu setakat mana yang ia berkaitan dengan hak dan tanggungan bagi pengangkut, pekhidmat dan ejen pengangkut, penumpang, pengirim, penerima kiriman dan orang lain, dan tertakluk kepada peruntukan
Akta ini, hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang dalam
Malaysia berhubung dengan apa-apa jua pengangkutan melalui udara yang baginya Konvensyen itu terpakai, tidak kira apa jua kewarganegaraan kapalterbang yang melakukan pengangkutan itu.
Seksyen ini tidak boleh terpakai untuk menyentuh hak atau tanggungan yang terbit dari sesuatu kejadian yang berlaku sebelum mula berkuat kuasa seksyen ini.
Yang di-Pertuan Agong boleh dengan perintah dari semasa ke semasa memperakui siapakah Pihak Negara kepada Konvensyen
Pengangkutan Melalui Udara itu, berkenaan dengan Wilayah manakah mereka itu masing-masing menjadi pihak dan setakat manakah mereka itu telah menggunakan peruntukan Protokol
Tambahan yang terdapat di hujung Konvensyen atau Protokol
Tambahan yang terdapat di hujung Konvensyen Dipinda atau Perkara 57 Konvensyen Montreal, dan suatu perintah itu adalah keterangan muktamad mengenai perkara yang diperakui sedemikian kecuali setakat mana perintah itu telah digantikan dengan suatu perintah yang kemudian.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 148
Yang di-Pertuan Agong boleh dengan perintah dari semasa ke semasa memperakui mana-mana semakan had tanggungan yang diwujudkan menurut Perkara 24 Konvensyen Montreal.
Perenggan (2) dalam Perkara 40A Konvensyen dan Konvensyen
Dipinda itu hendaklah tidak difahamkan sebagai meluaskan rujukan kepada Konvensyen atau Konvensyen Dipinda ke wilayah sesuatu
Pihak Negara (kecuali mana-mana rujukan kepada wilayah suatu
Negara, sama ada suatu Pihak Negara atau tidak) hingga meliputi suatu wilayah yang mengenainya Pihak Negara itu bukan suatu pihak.
Sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai perkara yang diakui sedemikian kecuali setakat mana perintah itu telah diganti dengan suatu perintah yang kemudian.
Sesuatu perintah di bawah seksyen ini boleh mengandungi apa-apa peruntukan peralihan dan - peruntukan-peruntukan lain yang berbangkit sebagaimana yang didapati mustahak oleh Yang di-Pertuan Agong.
s 5Kemalangan maut
Apa-apa tanggungan yang dikenakan oleh
Perkara 17
Konvensyen, Perkara 17 Konvensyen Dipinda atau perenggan 1
Perkara 17 Konvensyen Montreal ke atas sesuatu pengangkut berkenaan dengan kematian seseorang penumpang hendaklah sebagai ganti bagi apa-apa jua tanggungan pengangkut itu berkenaan dengan kematian penumpang itu sama ada di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau mana-mana rukun undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia yang berhubungan dengan kemalangan maut disebabkan oleh sesuatu perbuatan salah, kecuaian atau kemungkiran dan peruntukan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga hendaklah berkuat kuasa berkenaan dengan orang yang boleh menguatkuasakan tanggungan yang dikenakan sedemikian dan yang bagi faedahnya tanggungan yang dikenakan sedemikian boleh dikuatkuasakan dan berkenaan dengan cara bagaimana tanggungan itu boleh dikuatkuasakan.
Pengangkutan Melalui Udara 9
Diisytiharkan bahawa had atas tanggungan Perkara 22
Konvensyen, Perkara 22 Konvensyen Dipinda dan Perkara 21, 22 dan 44 Konvensyen Montreal itu terpakai walau apa jua jenis pembicaraan yang boleh menguatkuasakan tanggungan itu, dan bahawa pada khususnya—
had itu terpakai jika pembicaraan dibawa oleh seseorang pelaku tort untuk mendapatkan sumbangan daripada seorang pelaku tort yang lain; dan
had bagi setiap penumpang dalam perenggan (1) Perkara 22 Konvensyen, perenggan (1) Perkara 22 Konvensyen
Dipinda dan Perkara 21 dan perenggan 1 Perkara 22
Konvensyen
Montreal itu terpakai bagi jumlah tanggungan pengangkut dalam segala pembicaraan yang mungkin dibawa terhadap pengangkut di bawah undang-undang yang berkenaan yang berkuat kuasa dalam bahagian Malaysia yang berkaitan, bersama dengan apa-apa prosiding yang dibawa terhadap pengangkut di luar
Malaysia.
Sesuatu mahkamah di mana pembicaraan dibawa untuk penguatkuasakan sesuatu tanggungan yang dihadkan oleh Perkara 22
Konvensyen, Perkara 22 Konvensyen Dipinda dan Perkara 21, 22 dan 44 Konvensyen Montreal itu boleh pada mana-mana peringkat pembicaraan itu membuat apa-apa perintah yang pada pendapat mahkamah itu adil dan saksama memandang peruntukan Perkara itu dan bagi apa-apa pembicaraan lain yang telah, atau mungkin, dimulakan di Malaysia atau di mana-mana Negara lain untuk menguatkuasakan tanggungan itu sepenuhnya atau sebahagiannya.
Tanpa menjejaskan subseksyen (2), sesuatu mahkamah yang di hadapannya prosiding dibawa untuk menguatkuasakan sesuatu tanggungan yang dihadkan oleh Perkara 22 Konvensyen, Perkara 22
Konvensyen Dipinda dan Perkara 21, 22 dan 44 Konvensyen
Montreal itu jika tanggungan itu boleh atau mungkin boleh dikuatkuasakan sebahagiannya dalam prosiding lain di Malaysia
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 148
atau di mana-mana negara lain, mempunyai bidang kuasa untuk mengaward suatu amaun yang kurang daripada yang mungkin telah diaward oleh mahkamah itu jika had itu terpakai semata-mata bagi pembicaraan di mahkamah itu, atau untuk menjadikan sesuatu bahagian award itu tertakluk kepada keputusan mana-mana pembicaraan lain.
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menetapkan amaun yang masing-masing bagi maksud Perkara 22 Konvensyen itu, dan khususnya bagi maksud perenggan (5) Perkara itu, hendaklah di ambil kira sebagai senilai dengan jumlah wang yang dinyatakan dalam francs yang disebutkan dalam Perkara itu.
Rujukan dalam seksyen ini kepada Perkara 22 Konvensyen atau Konvensyen Dipinda itu termasuklah, tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang perlu, rujukan kepada Perkara itu sebagaimana yang dikenakan oleh Perkara 25A Konvensyen atau Konvensyen
Dipinda itu.
Dalam perenggan (1)(a) dan (b) dan dalam subseksyen (2)
dan (3) rujukan kepada Perkara 22 Konvensyen atau Konvensyen
Dipinda itu hendaklah termasuk, tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang perlu, rujukan kepada Perkara VI Konvensyen
Tambahan.
Tiada apa-apa jua tindakan terhadap seseorang perkhidmat atau ejen pengangkut, yang terbit daripada kerosakan yang dimaksudkan oleh mana-mana Konvensyen Pengangkutan Melalui Udara boleh, jika pekhidmat atau ejen pengangkut itu telah bertindak dalam bidang pekerjaannya, dibawa selepas lebih daripada dua tahun dikira dari tarikh tibanya di tempat tujuan atau dari tarikh kapalterbang itu patut telah tiba atau dari tarikh pengangkutan itu telah berhenti.
Perkara 29 Konvensyen, Perkara 29 Konvensyen Dipinda dan
Perkara 35 Konvensyen Montreal hendaklah tidak difahamkan
Pengangkutan Melalui Udara 11
sebagai terpakai bagi apa-apa prosiding untuk mendapatkan sumbangan antara pelaku tort tetapi tiada apa-apa jua tindakan boleh dibawa oleh seseorang pelaku tort untuk mendapatkan sumbangan daripada seseorang pengangkut berkenaan dengan sesuatu tort yang baginya Perkara 29 Konvensyen, Perkara 29 Konvensyen Dipinda atau Perkara 35 Konvensyen Montreal terpakai selepas tamat dua tahun dari masa hukuman telah didapati terhadap orang yang hendak mendapatkan sumbangan itu.
Subseksyen (1) dan (2) dan Perkara 29 Konvensyen, Perkara 29 Konvensyen Dipinda dan Perkara 35 Konvensyen Montreal itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah rujukan dalam peruntukan itu kepada sesuatu tindakan telah termasuk rujukan kepada timbang tara; dan peruntukan undang-undang yang berkenaan yang berkuat kuasa dalam bahagian Malaysia yang berkaitan yang menentukan masa bilakah sesuatu timbang tara disifatkan dimulakan hendaklah terpakai bagi maksud subseksyen ini.
Dalam seksyen ini, rujukan kepada sesuatu pengangkut termasuklah rujukan kepada sesuatu pengangkut sebenar sebagaimana ditakrifkan dalam perenggan (c) Perkara I Konvensyen
Tambahan dan juga kepada sesuatu pengangkut berjanji sebagaimana ditakrifkan dalam perenggan (b) Perkara itu dan kepada pengangkut sebenar sebagaimana yang ditakrifkan dalam Perkara 39 Konvensyen
Montreal.
s 8Kecuaian yang disumbangi
Dengan ini diisytiharkan bahawa bagi maksud Perkara 21
Konvensyen, Perkara 21 Konvensyen Dipinda dan Perkara 20
Konvensyen Montreal itu, seksyen 12 dalam Akta Undang-Undang Sivil 1956 [Akta 67] ialah suatu peruntukan undang-undang Malaysia yang di bawahnya sesuatu mahkamah boleh membebaskan pengangkut sepenuhnya atau sebahagiannya daripada tanggungannya.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 148
Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa dengan perintah mengarahkan supaya seksyen ini terpakai, atau terhenti terpakai bagi Malaysia atau mana-mana Negara lain, yang dinyatakan dalam perintah itu.
Konvensyen Pengangkutan Melalui Udara tidak boleh terpakai bagi pengangkutan orang, kargo dan bagasi bagi pihak berkuasa tentera sesuatu Negara yang baginya seksyen ini terpakai dalam pesawat udara yang didaftarkan dalam Negara itu jika semua daya muatan pesawat udara itu telah dirizabkan oleh atau bagi pihak kepada pihak berkuasa itu.
Setiap Pihak Negara kepada mana-mana Konvensyen
Pengangkutan Melalui Udara hendaklah bagi maksud mana-mana tindakan yang dibawa dalam mahkamah di Malaysia mengikut
Perkara 28 Konvensyen, Perkara 28 Konvensyen Dipinda atau
Perkara 33 dan 46 Konvensyen Montreal untuk menguatkuasakan sesuatu tuntutan berkenaan dengan pengangkutan yang dijalankan olehnya, disifatkan telah patuh kepada bidang kuasa mahkamah itu, dan oleh yang demikian kaedah-kaedah mahkamah itu boleh memperuntukkan cara bagaimana mana-mana tindakan hendak dimulakan dan diteruskan; tetapi tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh membenarkan perintah pelaksanaan dikeluarkan terhadap harta mana-mana
Pihak
Negara kepada mana-mana
Konvensyen
Pengangkutan Melalui Udara.
Seksyen ini tidak terpakai bagi Pihak Negara yang telah menggunakan bagi faedahnya Protokol Tambahan pada akhir
Konvensyen atau Protokol Tambahan pada akhir Konvensyen
Dipinda berhubung dengan Perkara 28 Konvensyen atau Perkara 28
Konvensyen Dipinda, atau Perkara 57 Konvensyen Montreal berhubung dengan Perkara 33 dan 46 Konvensyen Montreal.
Pengangkutan Melalui Udara 13
Rujukan kepada Perkara 28 Konvensyen dan Perkara 28
Konvensyen Dipinda dalam seksyen ini termasuklah rujukan kepada
Perkara VIII Konvensyen Tambahan.
Tertakluk kepada seksyen ini, peruntukan Konvensyen
Tambahan itu, setakat mana ianya berkaitan dengan hak dan tanggungan pengangkut, pekhidmat dan ejen pengangkut, penumpang, pengirim, penerima kiriman dan orang lain, dan tertakluk kepada peruntukan Akta ini, hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang dalam Malaysia berhubung dengan apa-apa pengangkutan melalui udara yang baginya Konvensyen Tambahan itu terpakai, tidak kira apa jua kewarganegaraan pesawat udara yang melakukan pengangkutan itu.
Seksyen ini tidak boleh terpakai untuk menyentuh hak atau tanggungan yang terbit dari sesuatu kejadian yang berlaku sebelum mula berkuat kuasanya seksyen ini.
Tertakluk kepada seksyen ini, peruntukan Konvensyen
Dipinda dan Konvensyen Montreal hendaklah, setakat Konvensyen
Dipinda dan Konvensyen Montreal berkait dengan hak dan tanggungan pengangkut, pekhidmat dan ejen pengangkut, penumpang, pengirim konsain, penerima konsain dan orang lain, dan tertakluk kepada peruntukan Akta ini, hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang di Malaysia berhubung dengan mana-mana pengangkutan melalui udara yang baginya Konvensyen Dipinda dan
Konvensyen Montreal terpakai, tanpa mengira kewarganegaraan pesawat udara yang melakukan pengangkutan itu.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 148
Seksyen ini tidak terpakai sehingga menyentuh hak atau tanggungan yang terhasil daripada sesuatu kejadian yang berlaku sebelum mula berkuat kuasanya seksyen ini.
Pemakaian bagi pengangkutan melalui udara yang tidak tertakluk kepada Konvensyen Pengangkutan Melalui Udara
s 12Section 12
Yang di-Pertuan Agong boleh dengan perintah mengenakan peruntukan Konvensyen Pengangkutan Melalui Udara bersama dengan mana-mana peruntukan lain Akta ini, ke atas pengangkutan melalui udara, yang bukan pengangkutan melalui udara yang berkenaan dengan Konvensyen yang relevan yang terpakai, dari apa-apa jenis sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, tertakluk kepada apa-apa kecualian, penyesuaian dan ubah suaian, jika ada, sebagaimana yang dinyatakan sedemikian.
Apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mengandungi apa-apa peruntukan peralihan dan peruntukan lain yang berbangkit sebagaimana yang didapati mustahak oleh Yang di-Pertuan Agong.
Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau
hendaklah dibentangkan dalam kedua-dua Majlis Parlimen dengan seberapa segera yang boleh selepas ia dibuat.
s 13Kerajaan Persekutuan dan Negeri terikat kepada Akta
Kerajaan Malaysia dan tiap-tiap Negerinya terikat kepada Akta ini.
Enakmen yang dinyatakan dalam Jadual Keempat dimansuhkan.
Akta Pengangkutan Melalui Udara 1932 [22 & 23 Geo. 5c.
Pengangkutan Melalui Udara 15
36], Akta Pengangkutan Melalui Udara 1961 [9 dan 10 Eliz. 2c. 27],
Akta Pengangkutan Melalui Udara (Peruntukan Tambahan) 1962 [10
dan 11 Eliz. 2c. 43], kesemuanya bagi United Kingdom, dan segala perintah dan perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta itu hendaklah terhenti berkuat kuasa di mana-mana bahagian
Malaysia, dan pemberhentian kuat kuasa itu hendaklah disifatkan sebagai suatu pemansuhan bagi maksud Akta Tafsiran 1948 dan 1967
[Akta 388].