Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2015Read it in English

12. Section 12

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh dengan perintah mengenakan peruntukan Konvensyen Pengangkutan Melalui Udara bersama dengan mana-mana peruntukan lain Akta ini, ke atas pengangkutan melalui udara, yang bukan pengangkutan melalui udara yang berkenaan dengan Konvensyen yang relevan yang terpakai, dari apa-apa jenis sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, tertakluk kepada apa-apa kecualian, penyesuaian dan ubah suaian, jika ada, sebagaimana yang dinyatakan sedemikian.

(2)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mengandungi apa-apa peruntukan peralihan dan peruntukan lain yang berbangkit sebagaimana yang didapati mustahak oleh Yang di-Pertuan Agong.

(3)

Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau

(2)

hendaklah dibentangkan dalam kedua-dua Majlis Parlimen dengan seberapa segera yang boleh selepas ia dibuat.

Report