Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2015Read it in English

4. Menetapkan Pihak Negara

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh dengan perintah dari semasa ke semasa memperakui siapakah Pihak Negara kepada Konvensyen

Pengangkutan Melalui Udara itu, berkenaan dengan Wilayah manakah mereka itu masing-masing menjadi pihak dan setakat manakah mereka itu telah menggunakan peruntukan Protokol

Tambahan yang terdapat di hujung Konvensyen atau Protokol

Tambahan yang terdapat di hujung Konvensyen Dipinda atau Perkara 57 Konvensyen Montreal, dan suatu perintah itu adalah keterangan muktamad mengenai perkara yang diperakui sedemikian kecuali setakat mana perintah itu telah digantikan dengan suatu perintah yang kemudian.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 148

(1A)

Yang di-Pertuan Agong boleh dengan perintah dari semasa ke semasa memperakui mana-mana semakan had tanggungan yang diwujudkan menurut Perkara 24 Konvensyen Montreal.

(2)

Perenggan (2) dalam Perkara 40A Konvensyen dan Konvensyen

Dipinda itu hendaklah tidak difahamkan sebagai meluaskan rujukan kepada Konvensyen atau Konvensyen Dipinda ke wilayah sesuatu

Pihak Negara (kecuali mana-mana rujukan kepada wilayah suatu

Negara, sama ada suatu Pihak Negara atau tidak) hingga meliputi suatu wilayah yang mengenainya Pihak Negara itu bukan suatu pihak.

(3)

Sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai perkara yang diakui sedemikian kecuali setakat mana perintah itu telah diganti dengan suatu perintah yang kemudian.

(4)

Sesuatu perintah di bawah seksyen ini boleh mengandungi apa-apa peruntukan peralihan dan - peruntukan-peruntukan lain yang berbangkit sebagaimana yang didapati mustahak oleh Yang di-Pertuan Agong.

Report