Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2015Read it in English

9. Kuasa bagi mengecualikan pesawat udara yang digunakan bagi maksud tentera

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa dengan perintah mengarahkan supaya seksyen ini terpakai, atau terhenti terpakai bagi Malaysia atau mana-mana Negara lain, yang dinyatakan dalam perintah itu.

(2)

Konvensyen Pengangkutan Melalui Udara tidak boleh terpakai bagi pengangkutan orang, kargo dan bagasi bagi pihak berkuasa tentera sesuatu Negara yang baginya seksyen ini terpakai dalam pesawat udara yang didaftarkan dalam Negara itu jika semua daya muatan pesawat udara itu telah dirizabkan oleh atau bagi pihak kepada pihak berkuasa itu.

Report