Carriage by Air Act 1974 · Updated to 1 Jun 2015
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk kepada seksyen ini, peruntukan Konvensyen
Tambahan itu, setakat mana ianya berkaitan dengan hak dan tanggungan pengangkut, pekhidmat dan ejen pengangkut, penumpang, pengirim, penerima kiriman dan orang lain, dan tertakluk kepada peruntukan Akta ini, hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang dalam Malaysia berhubung dengan apa-apa pengangkutan melalui udara yang baginya Konvensyen Tambahan itu terpakai, tidak kira apa jua kewarganegaraan pesawat udara yang melakukan pengangkutan itu.
Seksyen ini tidak boleh terpakai untuk menyentuh hak atau tanggungan yang terbit dari sesuatu kejadian yang berlaku sebelum mula berkuat kuasanya seksyen ini.