Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2015Read it in English

10. Tindakan terhadap Pihak Negara

(1)

Setiap Pihak Negara kepada mana-mana Konvensyen

Pengangkutan Melalui Udara hendaklah bagi maksud mana-mana tindakan yang dibawa dalam mahkamah di Malaysia mengikut

Perkara 28 Konvensyen, Perkara 28 Konvensyen Dipinda atau

Perkara 33 dan 46 Konvensyen Montreal untuk menguatkuasakan sesuatu tuntutan berkenaan dengan pengangkutan yang dijalankan olehnya, disifatkan telah patuh kepada bidang kuasa mahkamah itu, dan oleh yang demikian kaedah-kaedah mahkamah itu boleh memperuntukkan cara bagaimana mana-mana tindakan hendak dimulakan dan diteruskan; tetapi tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh membenarkan perintah pelaksanaan dikeluarkan terhadap harta mana-mana

Pihak

Negara kepada mana-mana

Konvensyen

Pengangkutan Melalui Udara.

(1A)

Seksyen ini tidak terpakai bagi Pihak Negara yang telah menggunakan bagi faedahnya Protokol Tambahan pada akhir

Konvensyen atau Protokol Tambahan pada akhir Konvensyen

Dipinda berhubung dengan Perkara 28 Konvensyen atau Perkara 28

Konvensyen Dipinda, atau Perkara 57 Konvensyen Montreal berhubung dengan Perkara 33 dan 46 Konvensyen Montreal.

Pengangkutan Melalui Udara 13

(2)

Rujukan kepada Perkara 28 Konvensyen dan Perkara 28

Konvensyen Dipinda dalam seksyen ini termasuklah rujukan kepada

Perkara VIII Konvensyen Tambahan.

Report