Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA PENGANGKUTAN MELALUI UDARA 1974

Seksyen 5

Apa-apa tanggungan yang dikenakan oleh

Perkara 17

Konvensyen, Perkara 17 Konvensyen Dipinda atau perenggan 1

Perkara 17 Konvensyen Montreal ke atas sesuatu pengangkut berkenaan dengan kematian seseorang penumpang hendaklah sebagai ganti bagi apa-apa jua tanggungan pengangkut itu berkenaan dengan kematian penumpang itu sama ada di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau mana-mana rukun undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia yang berhubungan dengan kemalangan maut disebabkan oleh sesuatu perbuatan salah, kecuaian atau kemungkiran dan peruntukan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga hendaklah berkuat kuasa berkenaan dengan orang yang boleh menguatkuasakan tanggungan yang dikenakan sedemikian dan yang bagi faedahnya tanggungan yang dikenakan sedemikian boleh dikuatkuasakan dan berkenaan dengan cara bagaimana tanggungan itu boleh dikuatkuasakan.

Pengangkutan Melalui Udara 9