Carriage by Air Act 1974 · Updated to 1 Jun 2015
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk kepada seksyen ini, peruntukan Konvensyen itu setakat mana yang ia berkaitan dengan hak dan tanggungan bagi pengangkut, pekhidmat dan ejen pengangkut, penumpang, pengirim, penerima kiriman dan orang lain, dan tertakluk kepada peruntukan
Akta ini, hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang dalam
Malaysia berhubung dengan apa-apa jua pengangkutan melalui udara yang baginya Konvensyen itu terpakai, tidak kira apa jua kewarganegaraan kapalterbang yang melakukan pengangkutan itu.
Seksyen ini tidak boleh terpakai untuk menyentuh hak atau tanggungan yang terbit dari sesuatu kejadian yang berlaku sebelum mula berkuat kuasa seksyen ini.