Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2015Read it in English

7. Masa untuk membawa tindakan

(1)

Tiada apa-apa jua tindakan terhadap seseorang perkhidmat atau ejen pengangkut, yang terbit daripada kerosakan yang dimaksudkan oleh mana-mana Konvensyen Pengangkutan Melalui Udara boleh, jika pekhidmat atau ejen pengangkut itu telah bertindak dalam bidang pekerjaannya, dibawa selepas lebih daripada dua tahun dikira dari tarikh tibanya di tempat tujuan atau dari tarikh kapalterbang itu patut telah tiba atau dari tarikh pengangkutan itu telah berhenti.

(2)

Perkara 29 Konvensyen, Perkara 29 Konvensyen Dipinda dan

Perkara 35 Konvensyen Montreal hendaklah tidak difahamkan

Pengangkutan Melalui Udara 11

sebagai terpakai bagi apa-apa prosiding untuk mendapatkan sumbangan antara pelaku tort tetapi tiada apa-apa jua tindakan boleh dibawa oleh seseorang pelaku tort untuk mendapatkan sumbangan daripada seseorang pengangkut berkenaan dengan sesuatu tort yang baginya Perkara 29 Konvensyen, Perkara 29 Konvensyen Dipinda atau Perkara 35 Konvensyen Montreal terpakai selepas tamat dua tahun dari masa hukuman telah didapati terhadap orang yang hendak mendapatkan sumbangan itu.

(3)

Subseksyen (1) dan (2) dan Perkara 29 Konvensyen, Perkara 29 Konvensyen Dipinda dan Perkara 35 Konvensyen Montreal itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah rujukan dalam peruntukan itu kepada sesuatu tindakan telah termasuk rujukan kepada timbang tara; dan peruntukan undang-undang yang berkenaan yang berkuat kuasa dalam bahagian Malaysia yang berkaitan yang menentukan masa bilakah sesuatu timbang tara disifatkan dimulakan hendaklah terpakai bagi maksud subseksyen ini.

(4)

Dalam seksyen ini, rujukan kepada sesuatu pengangkut termasuklah rujukan kepada sesuatu pengangkut sebenar sebagaimana ditakrifkan dalam perenggan (c) Perkara I Konvensyen

Tambahan dan juga kepada sesuatu pengangkut berjanji sebagaimana ditakrifkan dalam perenggan (b) Perkara itu dan kepada pengangkut sebenar sebagaimana yang ditakrifkan dalam Perkara 39 Konvensyen

Montreal.

Report