Carriage by Air Act 1974 · Updated to 1 Jun 2015
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk kepada seksyen ini, peruntukan Konvensyen
Dipinda dan Konvensyen Montreal hendaklah, setakat Konvensyen
Dipinda dan Konvensyen Montreal berkait dengan hak dan tanggungan pengangkut, pekhidmat dan ejen pengangkut, penumpang, pengirim konsain, penerima konsain dan orang lain, dan tertakluk kepada peruntukan Akta ini, hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang di Malaysia berhubung dengan mana-mana pengangkutan melalui udara yang baginya Konvensyen Dipinda dan
Konvensyen Montreal terpakai, tanpa mengira kewarganegaraan pesawat udara yang melakukan pengangkutan itu.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 148
Seksyen ini tidak terpakai sehingga menyentuh hak atau tanggungan yang terhasil daripada sesuatu kejadian yang berlaku sebelum mula berkuat kuasanya seksyen ini.
Pemakaian bagi pengangkutan melalui udara yang tidak tertakluk kepada Konvensyen Pengangkutan Melalui Udara