Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PENGANGKUTAN MELALUI UDARA 1974

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteknya menghendaki makna yang lain—

“Konvensyen” ertinya Konvensyen bagi menyatukan kaedah-kaedah tertentu berhubung dengan pengangkutan antarabangsa melalui udara yang dikenali sebagai “Konvensyen Warsaw sebagaimana yang dipinda di The Hague 1955”, sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

“Konvensyen Dipinda” ertinya Konvensyen sebagaimana yang dipinda selanjutnya oleh Protokol Montreal No. 4 Tahun 1975, sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kelima;

“Konvensyen Montreal” ertinya Konvensyen, yang ditandatangani di Montreal pada 28 Mei 1999, bagi menyatukan kaedah-kaedah tertentu yang berhubungan dengan pengangkutan antarabangsa melalui udara, sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keenam;

“Konvensyen Pengangkutan Melalui Udara” ertinya Konvensyen,

Konvensyen Tambahan, Konvensyen Dipinda dan Konvensyen

Montreal;

“Konvensyen Tambahan” ertinya Konvensyen, iaitu tambahan kepada Konvensyen Warsaw, yang ditandatangani di Guadalajara pada 18 September 1961, bagi menyatukan kaedah-kaedah tertentu berhubung dengan pengangkutan antarabangsa melalui udara yang dilakukan oleh seseorang yang lain daripada pengangkut berjanji, sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;

“mahkamah” termasuklah (dalam sesuatu timbang tara yang dibenarkan oleh Konvensyen) seseorang penimbang tara;

“Menteri”

ertinya

Menteri yang bertanggungjawab atas penerbangan awam.

“Pihak Negara” ertinya, suatu Pihak Berjanji Tertinggi berhubung dengan Konvensyen dan Konvensyen Dipinda, atau Pihak Negara

Pengangkutan Melalui Udara 7

berhubung dengan Konvensyen Montreal, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“Protokol Montreal No. 4 Tahun 1975” ertinya protokol, yang ditandatangani di Montreal pada 25 September 1975, untuk meminda

Konvensyen Warsaw sebagaimana yang dipinda di Hague.