Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA PENGANGKUTAN MELALUI UDARA 1974

Seksyen 6

Had tanggungan

(a)

had itu terpakai jika pembicaraan dibawa oleh seseorang pelaku tort untuk mendapatkan sumbangan daripada seorang pelaku tort yang lain; dan

(b)

had bagi setiap penumpang dalam perenggan (1) Perkara 22 Konvensyen, perenggan (1) Perkara 22 Konvensyen

Dipinda dan Perkara 21 dan perenggan 1 Perkara 22

Konvensyen

Montreal itu terpakai bagi jumlah tanggungan pengangkut dalam segala pembicaraan yang mungkin dibawa terhadap pengangkut di bawah undang-undang yang berkenaan yang berkuat kuasa dalam bahagian Malaysia yang berkaitan, bersama dengan apa-apa prosiding yang dibawa terhadap pengangkut di luar

Malaysia.

(2)

Sesuatu mahkamah di mana pembicaraan dibawa untuk penguatkuasakan sesuatu tanggungan yang dihadkan oleh Perkara 22

Konvensyen, Perkara 22 Konvensyen Dipinda dan Perkara 21, 22 dan 44 Konvensyen Montreal itu boleh pada mana-mana peringkat pembicaraan itu membuat apa-apa perintah yang pada pendapat mahkamah itu adil dan saksama memandang peruntukan Perkara itu dan bagi apa-apa pembicaraan lain yang telah, atau mungkin, dimulakan di Malaysia atau di mana-mana Negara lain untuk menguatkuasakan tanggungan itu sepenuhnya atau sebahagiannya.

(3)

Tanpa menjejaskan subseksyen (2), sesuatu mahkamah yang di hadapannya prosiding dibawa untuk menguatkuasakan sesuatu tanggungan yang dihadkan oleh Perkara 22 Konvensyen, Perkara 22

Konvensyen Dipinda dan Perkara 21, 22 dan 44 Konvensyen

Montreal itu jika tanggungan itu boleh atau mungkin boleh dikuatkuasakan sebahagiannya dalam prosiding lain di Malaysia

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 148

atau di mana-mana negara lain, mempunyai bidang kuasa untuk mengaward suatu amaun yang kurang daripada yang mungkin telah diaward oleh mahkamah itu jika had itu terpakai semata-mata bagi pembicaraan di mahkamah itu, atau untuk menjadikan sesuatu bahagian award itu tertakluk kepada keputusan mana-mana pembicaraan lain.

(4)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menetapkan amaun yang masing-masing bagi maksud Perkara 22 Konvensyen itu, dan khususnya bagi maksud perenggan (5) Perkara itu, hendaklah di ambil kira sebagai senilai dengan jumlah wang yang dinyatakan dalam francs yang disebutkan dalam Perkara itu.

(5)

Rujukan dalam seksyen ini kepada Perkara 22 Konvensyen atau Konvensyen Dipinda itu termasuklah, tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang perlu, rujukan kepada Perkara itu sebagaimana yang dikenakan oleh Perkara 25A Konvensyen atau Konvensyen

Dipinda itu.

(6)

Dalam perenggan (1)(a) dan (b) dan dalam subseksyen (2)

dan (3) rujukan kepada Perkara 22 Konvensyen atau Konvensyen

Dipinda itu hendaklah termasuk, tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang perlu, rujukan kepada Perkara VI Konvensyen

Tambahan.

Masa untuk membawa tindakan