Akta Bank Negara Malaysia 2009 · Updated to 1 Nov 2020 · Bahagian VII · Perniagaan Kewangan Islam
52. Fungsi Majlis Penasihat Shariah
Feedback & supportMajlis Penasihat Shariah hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
untuk menentukan hukum Syarak mengenai apa-apa perkara kewangan dan mengeluarkan keputusan apabila dirujukkan kepadanya mengikut Bahagian ini;
untuk menasihati Bank mengenai apa-apa isu Shariah yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islam, aktiviti atau transaksi Bank;
untuk memberikan nasihat kepada mana-mana institusi kewangan Islam atau mana-mana orang lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan
apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diputuskan oleh
Bank.
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 701
Bagi maksud Bahagian ini, “keputusan” ertinya apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah bagi penentuan hukum Syarak bagi maksud perniagaan kewangan Islam.