Akta Bank Negara Malaysia 2009 · Updated to 1 Nov 2020 · Bahagian VII · Perniagaan Kewangan Islam
54. Urus setia Majlis Penasihat Shariah
Feedback & supportBank boleh —
(a)
menubuhkan urus setia dan apa-apa jawatankuasa lain sebagaimana yang dianggap perlu olehnya untuk membantu Majlis Penasihat Shariah dalam menjalankan fungsinya; dan
(b)
melantik mana-mana pegawai Bank atau mana-mana orang lain untuk menjadi anggota urus setia atau jawatankuasa lain itu.