Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2020Read it in English

Bahagian VII · Perniagaan Kewangan Islam

53. Pelantikan anggota Majlis Penasihat Shariah

Feedback & support
(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri setelah berunding dengan Bank, melantik daripada kalangan orang yang berkelayakan dalam Shariah atau yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam Shariah dan dalam perbankan, kewangan, undang-undang atau apa-apa disiplin yang berkaitan sebagai anggota Majlis

Penasihat Shariah.

(2)

Jika seorang hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau

Mahkamah Persekutuan, atau seorang hakim Mahkamah Rayuan

Shariah mana-mana Negeri atau Wilayah Persekutuan, hendak dilantik di bawah subseksyen (1), pelantikan itu tidak boleh dibuat kecuali—

(a)

dalam hal seorang hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah

Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, selepas rundingan dibuat oleh Bank dengan Ketua Hakim Negara; dan

(b)

dalam hal seorang hakim Mahkamah Rayuan Shariah mana-mana Negeri atau Wilayah Persekutuan, selepas rundingan dibuat oleh Bank dengan Ketua Hakim Syarie

Negeri atau Wilayah Persekutuan masing-masing, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Seseorang anggota Majlis Penasihat Shariah yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah memegang jawatan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikan mereka masing-masing, dan adalah layak untuk dilantik semula.

(4)

Anggota Majlis Penasihat Shariah hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga daripada dana Bank.

Bank Negara Malaysia 65

Report

Bahagian VIII

Mata Wang

Bahagian IX

Rizab Luar Negara

Bahagian X

Hubungan Dengan Kerajaan

Bahagian XI

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Pegawai dan Pekerja

Bahagian XIV

Bahagian XV

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules