Seksyen 60
Islam antarabangsa
of Akta Bank Negara Malaysia 2009
Bank hendaklah, dengan bekerjasama dengan Kerajaan atau mana-mana agensi Kerajaan, badan berkanun, pihak berkuasa penyeliaan atau organisasi antarabangsa atau supranasional, membangunkan dan mempromosi Malaysia sebagai pusat kewangan
Islam antarabangsa.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), Bank boleh—
(a)
menubuhkan urus setia atau jawatankuasa lain untuk membantu Kerajaan atau mana-mana organisasi, majlis, agensi atau jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kerajaan; dan 68 Undang-Undang Malaysia AKTA 701
(b)
secara amnya mengambil apa-apa langkah atau memudahkan apa-apa tindakan atau menyediakan pembiayaan, sebagaimana yang perlu bagi pembangunan dan promosi Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa.