Akta Bank Negara Malaysia 2009 · Updated to 1 Nov 2020 · Bahagian VII · Perniagaan Kewangan Islam
55. Bank dan institusi kewangan Islam hendaklah merujuk kepada Majlis Penasihat Shariah
Feedback & supportBank hendaklah merujuk kepada Majlis Penasihat Shariah mengenai apa-apa perkara —
yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islam;
dan
bagi maksud menjalankan fungsinya atau melakukan urusan atau hal ehwalnya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain mengikut Shariah, yang menghendaki penentuan hukum Syarak oleh Majlis Penasihat
Shariah.
Mana-mana institusi kewangan Islam berkenaan dengan perniagaan kewangan Islamnya, boleh—
membuat rujukan untuk mendapatkan suatu keputusan;
atau
mendapatkan nasihat,
66 Undang-Undang Malaysia AKTA 701
Majlis Penasihat Shariah mengenai operasi perniagaannya bagi menentukan bahawa ia tidak melibatkan apa-apa unsur yang tidak selaras dengan Shariah.