Akta Bank Negara Malaysia 2009 · Updated to 1 Nov 2020 · Bahagian VII · Perniagaan Kewangan Islam
59. Bank hendaklah mengeluarkan pekeliling, garis panduan, dsb., mengenai perkara Shariah
Feedback & supportBank boleh mengeluarkan apa-apa pekeliling, garis panduan atau notis bertulis mengenai apa-apa perkara Shariah yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islam yang dijalankan oleh mana-mana institusi kewangan Islam mengikut nasihat atau keputusan
Majlis Penasihat Shariah.
Sesuatu institusi kewangan Islam hendaklah mematuhi mana-mana pekeliling, garis panduan atau notis bertulis yang dikeluarkan oleh Bank di bawah subseksyen (1) dan dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam pekeliling, garis panduan atau notis itu.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana pekeliling, garis panduan atau notis yang dikeluarkan oleh Bank di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit.