Akta Bank Negara Malaysia 2009 · Updated to 1 Nov 2020 · Bahagian VII · Perniagaan Kewangan Islam
56. Rujukan kepada Majlis Penasihat Shariah bagi keputusan daripada mahkamah atau penimbang tara
Feedback & support(1)
Jika dalam mana-mana prosiding yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islam di hadapan mana-mana mahkamah atau penimbang tara apa-apa persoalan berbangkit mengenai suatu perkara Shariah, mahkamah atau penimbang tara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah —
(a)
mengambil kira mana-mana keputusan Majlis Penasihat
Shariah yang telah disiarkan; atau
(b)
merujukkan persoalan itu kepada Majlis Penasihat Shariah untuk keputusannya.
(2)
Apa-apa permintaan untuk nasihat atau suatu keputusan Majlis
Penasihat Shariah di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain hendaklah dikemukakan kepada urus setia.