Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2019Read it in English

4G. Mesyuarat Lembaga

Feedback & support
(1)

Lembaga hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu tetapi tidak kurang daripada empat kali setahun bagi maksud mempertimbangkan aktivitinya.

(2)

Kuorum Lembaga ialah tujuh.

(3)

Jika atas apa-apa persoalan untuk ditentukan oleh Lembaga terdapat undi yang sama rata, Pengerusi hedaklah mempunyai undi pemutus.

(4)

Lembaga hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(5)

Apa-apa minit mesyuarat Lembaga yang dibuat hendaklah, jika ditandatangani sewajarnya oleh Pengerusi, diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat

Lembaga yang berkenaan dengannya minit mesyuarat telah dibuat hendaklah disifatkan sebagai telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Report