4F. Pembatalan pelantikan
Feedback & supportMenteri boleh membatalkan pelantikan seseorang anggota Lembaga yang disebut dalam perenggan (1)(a), (d), (e), (f), (g) dan (h)—
12 Undang-Undang Malaysia No. 35/1968
jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai anggota
Lembaga atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama Lembaga atau Institut;
jika dia menjadi tidak berupaya untuk menjalankan dengan sepatutnya tugasnya sebagai anggota Lembaga;
jika dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
suatu kesalahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;
suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama tempoh lebih daripada dua tahun;
jika dia menjadi bankrap;
jika dia telah didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal atau selainnya menjadi tidak berupaya untuk menguruskan hal ehwalnya; atau
jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa mendapat kebenaran secara bertulis daripada
Pengerusi, atau dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri.
Walau apa pun subseksyen (1), pelantikan mana-mana anggota boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan sebab bagi pembatalan itu.
Institut Koperasi (Pemerbadanan) 13