Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2019Read it in English

4B. Lembaga Institut

Feedback & support
(1)

Institut hendaklah ditadbirkan oleh Lembaga Institut yang terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Pengerusi;

(b)

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai

Timbalan Pengerusi;

(c)

Ketua Pengarah Institut;

(d)

seorang wakil Perbendaharaan;

(e)

seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi pembangunan koperasi;

(f)

seorang wakil Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad

(ANGKASA);

(g)

enam orang yang mewakili pergerakan koperasi; dan

(h)

tiga orang lain yang, pada pendapat Menteri, mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam perkara yang berhubungan dengan pembangunan, pengendalian atau kebajikan Institut.

(2)

Anggota yang disebut dalam perenggan (1)(a), (d), (e), (f), (g)

dan (h)—

(a)

hendaklah dilantik oleh Menteri selama tempoh tidak melebihi dua tahun; dan

CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125] mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—

lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

10 Undang-Undang Malaysia No. 35/1968

hendaklah layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatannya.

(3)

Seorang pegawai kanan Institut hendaklah dilantik oleh Lembaga sebagai Setiausaha kepada Lembaga tetapi tidak mempunyai hak untuk mengundi.

(4)

Anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan (1)(a), (d), (e),

(f)

, (g) dan (h) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang dialamatkan kepada Menteri.

(5)

Jika seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(a), (d),

(e)

, (f), (g) dan (h) terhenti menjadi anggota Lembaga, Menteri boleh melantik seorang yang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik.

(6)

Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Kehilangan kelayakan daripada menjadi anggota Lembaga

Report