4D. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
Feedback & support(1)
Jika Pengerusi atas apa-apa sebab tidak berupaya untuk melaksanakan fungsinya atau semasa mana-mana tempoh kekosongan jawatan Pengerusi,
Timbalan Pengerusi hendaklah melaksanakan fungsi Pengerusi.
(2)
Jika kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi atas apa-apa sebab tidak berupaya untuk melaksanakan fungsi Pengerusi atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi,
Menteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga untuk melaksanakan fungsi Pengerusi.
(3)
Timbalan Pengerusi atau anggota yang dilantik di bawah subseksyen (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, semasa tempoh dia melaksanakan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai
Pengerusi dan hendaklah mempunyai segala kuasa Pengerusi.