Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2019Read it in English

4A. Kuasa Institut

Feedback & support

Institut hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, mempunyai kuasa untuk ─

(a)

menganugerahkan diploma, sijil dan kelayakan yang setaraf kepada orang yang mengikuti kursus pengajian yang dikendalikan oleh Institut dan telah memnuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, atau sebagaimana yang boleh ditetapkan;

(b)

memulakan dan menganugerahkan biasiswa, dermasiswa, pingat, hadiah dan bentuk lain bagi kepujian, anugerah atau bantuan berkenaan dengan latihan, pendidikan dan perkhidmatan berasaskan pengetahuan yang disediakan oleh Institut;

(c)

memberikan pinjaman atau bantuan kewangan untuk pelajar yang memerlukan mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga;

(d)

memasarkan atau mengkomersialkan perkhidmatan, dapatan penyelidikan dan keluaran Institut;

(e)

meminta dan menerima apa-apa fi sebagaimana yang boleh dari semasa ke semasa ditentukan oleh Lembaga atau sebagaimana yang ditetapkan;

(f)

melakukan apa-apa perkara, sama ada yang bersampingan dengan kuasa itu atau tidak, yang boleh dilakukan bagi pengembangan pendidikan, latihan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib dalam Institut; dan

Institut Koperasi (Pemerbadanan) 9

(g)

menubuhkan atau menggalakkan penubuhan syarikat di bawah

Akta Syarikat 2016 [Akta 777] untuk menjalankan atau terlibat dalam apa-apa aktiviti yang telah dirancang atau dijalankan oleh

Institut dengan kelulusan Menteri Kewangan.

Report